"Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku"



Tuesday 29 April 2014

2 years 11 months..


Wahhh... lagi sebulan je annniversary kami yang ke-3.. Kikikiki..

Dah nak masuk tahun yang ke 3 tapiiiiii rasa macam dah lamaaaaaaa je kahwin. Hehehe.

Macam2 dugaan yang datang. Tapi takpe la, semua dugaan tu kami anggap sebagai proses mematangkan hubungan kami berdua. InsyaAllah kami cekal mengharunginya walaupun kadang2 terasa amat perit. Cewahhh. Poyooo. Hahaha..

Psssttt.. sekarang ni pun tengah gaduh besar. Ok bai.. :P

Thursday 24 April 2014

Bila si dia merajukk..

Sejak kecil lagi aku memang suka sangat merajuk. Mak aku cakap, walaupun aku kuat merajuk tapiiii aku jarang sangat2 menangis. Pastu aku la yang paling senang dijaga maca kecik. Kena tinggal dengan orang lain pun selamba je tak nangis. Hahaha. Memang susah sangat la nak tengok aku menangis. Tapi kan..... kalau dah merajuk tuh.. perghhhh.. muncung sejengkal. Diam dan masam je muka. Hahahaha. Tak sangka pulak perangai tu terbawa2 sampai la dah besar dan dah jadi mak orang pun ni ha. Kakakaka..Dan yang paling tak disangka2, anak aku pulak ngikut perangai suka merajuk ni. Alamakkkkk...!!! 

Ciri-ciri si tecik merajuk:
1. Kepala tunduk ke bawah.
2. Muncung sejengkal.
3. Jari terkuis-kuis benda yang dipegang ketika merajuk.
4. Mata kejap-kejap pandang aku, kejap-kejap pandang bawah.
5. Muka masam mencuka.

Ha... macam nih la.......

Ni merajuk sebab nak koyakkan buku mummy..
Hahahahahahahaha.......

Monday 21 April 2014

1 year 1 month..

Yeay... budak bucuk tu dah setahun sebulan!!

Genap je setahun sebulan, Alhamdulillah si tecik tuh dah boleh melangkah jauh or in other words ~ berjalan..!! Syukur sangat2. Memang aku tunggu saat2 ni. Happy tak terkata kot. Hehehe.

Sebelum ni dia asyik berdiri jek. Pastu duduk balik. Nak melangkah punya la takutttt. Tapi. Kalau pegang tangan dia, lajuuuuuuuu je jalan. Tak menyempat2. Tapak kaki jejak tak jejak je lantai tuh. Sekarang ni tak payah pegang or pimpin tangan, dia dah boleh seimbangkan badan dia dan jalan. Hihihi. Aku sebenarnya tak risau pun dia tak berjalan lagi cuma aku kesian tengok dia merangkak sana sini. Kotor lutut & tapak tangan. Rumah aku ni dah la banyak semut. Hari2 menyapu & sembur Ridsect pun masih ada lagi semut. Tah mana datangnya aku pun tak tau. So bila si tecik ni dah terpegang semut mula la gatal sana sini. Tergaru2. Alahai cian anak mummy nih. Sebab tu la aku nak dia cepat2 jalan. Hihihi..

Ok la lupakan cerita pasal berjalan tuh. Ha, nak tau tak??? Sejak akhir2 ni kan... hubby aku cakap si tecik tuh banyak sangat persamaannya dengan aku. Dari segi fizikal memang dah terserlah la ke tak ketinggian dia or in other words RENDAH.. Hahaha.. Nasib baik pompuan. So tak kisah sangat la kalau rendah pun. Comey gitu. Tapi kan, dari segi perangai memang makin lama makin 'soooo.. mummy..' bak kata hubby aku. Hihihi..

Perangai yang paling ketara sekali of coz la kuat merajuk..!! Hahaha.. Tak boleh tinggikan suara sikit, mesti muncung pastu kepala tunduk je sambil jari terkuis2 benda yang dia pegang. Tak pun muka cembeng & nangis. Hahaha. Sebijik perangai aku bila merajuk. Hahaha..

Pastuu... budak tecik tuh suka sangat2 kalau daddy urut kaki dia especially time mengempeng. Siap angkat kaki tinggi2 bagi sign kat daddy suruh urut kaki dia. Ok. Ni sememangnya perangai aku masa mengandungkan dia dulu. Hari2 suruh hubby urut kaki. Mengenan lettew. Kihkihkih..

Haaaa... ni yang paling merunsingkan aku. Asal hari Sabtu & Ahad je, WAJIB kuar jalan2. Kalau tak, mesti dia merengek je sepanjang hari. Masa aku mengandung dulu memang ler kuat berjalan sebab nak cepat bersalin. Tiap2 minggu pergi shopping complex. Kikiki.. Sudahnya bersalin tak la awal pun. Overdue hade la. Adoii. Lepas tu sekarang ni anak asik nak gi shopping complex jerrrr. Huhu. Haru!!

Kalo bab makan pulak, aku memang tak suka makan manis. Sama la ngan si tecik tuh. Bagi makan manis2 sikit terus loya nak termuntah. Lagi satu kan.. dia sangat2 tak suka minum AIR MASAK..!! Alamakkk.. memang ler mummy tak suka minum air masak, tapi jangan ler ikut dik.!! Susah kalo tak cukup air dalam badan nanti. Awak tu tecik lagi. Wuwuwuwu.. Bila aku suruh or ajar dia minum air masak mula la daddy bersuara "Mummy tu suruh awak minum air banyak2 tapi dia sendiri tak minum pun" Errrrr.. Ok la.. lepas ni mummy pun kena belajar sama minum air masak banyak2. Huhuhuhu..

Wednesday 16 April 2014

Gown si tecik..

Alamak.. lagi sebulan je lagi wedding pakcik hubby. Baju budak tecik tuh tak ada lagi. Kengkunun planning hari tu nak beli je kat Lovely Lace. Tapi.. bila difikir-fikir balik macam tak berbaloi la pulak. Yela, harga dah la mahal RM200++ then size yang available semuanya beso dan yang paling merugikan ialah pakai hanya sekali sebab budak tecik tu tak tahan pakai gown. Rimass.. Aku dapat bayangkan dia tergaru-garu sebab panas dan tak selesa nanti. Kesian.. !!!

Maka, aku pun tetiber terfikir untuk tempah je gown die tuh. Murah + Jimat. Hehehe. Setelah di survey2, aku decide nak buat gown paling simple dan tak merimaskan.

Contohnya macam nih:-



Idea pertama aku ialah letak piping kaler hitam kat belt pastu jahit readymade ribbon besar kat tepi belt tuh. Oh yer lupa pulak. Jenis kain maybe cotton silk. Kaler gown ialah gold. Sesuai la gold + hitam sebab baju aku pun gold + lace hitam. Nak jugak sedondon dengan anak. Ngeeee... . 

Tapi tetiba datang idea kedua pulak. Nak buat lagi simple. Aku rasa sleeveless lagi ok kot sebab takde la panas nanti. So.. aku nak tempah sebijik macam nih:-


Shomellll kann????

Adehh.. tak sabo lak nak beli kain weekend ni. Settle sudah masalah baju bajan. Fuhh.. Legaaa..