"Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku"



Tuesday 20 May 2014

Jalan2 di city park..

Hari Sabtu lepas, si tecik tuh behave sangat. So sebagai reward, mummy bawak dia pergi taman. Yeayyy..!! Pssttt.. actually mummy yang happy & excited nak pergi taman. Hahahaha..

Kami pergi Setia City Park yang kat Setia Alam tu je. Pukul 6.00 sampai sana, tengok2 dah banyak kereta. Takde parking dah. Kalau ada pun, kena menapak jauhhhh. Disebabkan aku ni malas nak jalan jauh2, maka terpaksa korbankan RM2 untuk parking. Ceh. RM2 pun berkira. Hahaha.

Masuk je park, macam ni la reaksi si tecik tuh..............


Tercengang2.

Kesian dia. Macam takut pun ade. Ye la, punya ramai umat manusia. Dia berdiri jek sambil perhatikan orang main buih2 sabun, tengok layang2 & belon. Bila suruh jalan takmo. Berdiri kaku. Muka masam, dahi berkerut2. Tak senyum dan tak nangis. Adeh anak mummy & daddy nih.

Agak2 dah bosan berdiri kat padang tuh, aku ajak hubby pergi playground. Ingatkan suka la si tecik tu, tengok2 sama je. Muncung je. Khusyuk dia tengok budak2 lain main. Lama2, aku pulak yang boring bila tengok dia tak interested langsung nak main mainan kat situ.



So tak sampai sejam, kami dah balik rumah. On the way ke parking kereta, lalu la kolam yang ade fish. Singgah la kejap sebab si tecik memang suka tengok fish. Ha, hamikkkkk.. After few minutes tengok fish, takmo balik la pulakkkk. Siap hulur tangan kat kolam konon2 panggil fish naik. Bila daddy nak dukung, dia mengamuk nangis2 takmo. Nak stay kat tepi kolam tuh. Hahaha.. Nasib baik la drama tak lama. Fuhhhh..

Ermm.. aku rasa mungkin dia tak biasa lagi kot pergi tempat2 macam tuh. Takpela. This week kita pergi tengok fish lagi yer sayang..

Tuesday 6 May 2014

Akhirnya...

Hai semua. Hari ni aku nak cerita pasal gown si anak dara aku lagi. Hehehe.

Mula-mula haritu kan aku cakap nak beli je kat Lovely Lace jer. Pastu bila fikir2 balik rasa macam mahal giler la pulak. RM 200++ tuh. Pakainya kejap je. Huh..!! Rugi2.. So planning ke-2 konon2 nak gi tempah je la. Siap dah ada design bagai. Ribbon la hape la. Tapi tak tau la nape aku malas & takde mood nak gi beli kain. So macam tak jadi nak tempah jek. Hahaha.

Akhirnya, untuk tak serabutkan kepala aku laki bini, so aku beli gown readymade je. Ngeeee.. Ceritanya begini... cewahhh..

Hari Jumaat lepas, kitorang saje je la jalan2 kat Setia City Mall. Plan nak gi makan2 sahaja hokayyy. Pastuuuuu tah macam mana tetiba nampak ada sales kat PADINI la pulak. Aku ni sejak ada anak dara memang giler ngan MIKI. Tengok2 ada 50% diskaunnn oii. Adoi. Aku tertewas. Disebabkan si tecik tu takde baju lengan panjang so aku rembat la 2 helai long sleeves kaler putih & pink, legging sehelai. Total RM40. Murah gilerrrr..!!! Eh.. jap2. Macam takde kaitan pulak citer pasal ni yer. Kikiki..

Ha sambung.. Pastu kitorang masuk la pulak Parkson. Memang saje la nak survey2 gown si tecik tuh. As expected, memang susah la nak cari gown yang kaler gold. Tah macam mana, tetiba je aku terjumpa gown kaler coklat cair tapi macam kekuningan sket. Tengok macam lebih kurang kaler gold je. Size pun ngam2 untuk 1 year. Simple dan kain pun best sangat2. Harga pun ok RM89.90. Hubby suh aku grab je. Dia pun dah malas agaknye nak fikir gown anak dara nih lagi. Hahahaha..

Akhirnya... settle jugak gown si tecik ni. Fuhh. Lega..

Muka blur2 baru bangun tido.
Jam : 8.30 pagi
Hehehehe..

Hamboii.. kemain suka lagi die..
**Sila abaikan background**
HAHAHAHA..

Ok. Feeling2 nak gi jalan la pulak.
Padahal tak mandi lagi tuh.