"Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku"



Wednesday 31 December 2014

Bila anak terlebih pandai....

Pagi tadi, masa on the way ke rumah pengasuh aku berhenti kat traffic light. Ada lori berhenti sekali kat sebelah kereta aku.

Aku : Sofea, ape tu? (Tunjuk kat lori).
Sofea : Otiii (Roti).
Aku : Hahh?? Bukan roti lahh. Loriiiii..
Sofea : Otiii..
Aku : Bukannnn. Looooo...riiiiiii...
Sofea : Yiiiii (Lori).. Otiiiiiii...
Aku : Aikkkk.. sebut roti lagikkk?

Aku pun pandang betul2 kat lori tuh sambil fikir apesal la die sebut roti. Lahhhhhhhhh.. tengok2 memang ada roti. Dah nama pun lori roti Gardenia. Hahahaha. Patutlah asik sebut roti jek. Apelah mummy nihhh..!!

Aku : Pandaiiiiiiiiiii.. Rotiii..
Sofea : Nak!!
Aku : Adoi dik.. Takde roti la sekarang ni. Balik nanti mummy beli eh.

On the way ke office, aku asik tersengih2 bila ingat kejadian pagi tadi. Hihi.